Jumaat, 12 Mei 2023

Scammer Nombor Ekor 4D Terkini 2023. Ramalan Number_4D5D6D. Jangan terpedaya. Dah ramai mangsa Scam.

Salam semua.

    Ni adalah cerita mengenai pengalaman aku discam akibat terbawa-bawa dgn judi nombor ekor 4D dan aku telah di scam sebanyak RM470.

    Pada mulanya, aku cari2 info nombor ramalan dalam telegram, terjumpa pulak telegram group ini,(https://t.me/RAMALANNUMBER_4D5D6D). Jadi aku try lah chat (rujuk gambar2 SS).



    Pada mulanya, orang yg kononnya menggelarkan dirinya "atok nombor" bagitau kat aku, kalau nak nombor kena beri pengeras, RM450. Aku tanya, scam ke ni? macam biasalah gais, scammer mana nak ngaku dia scammer. Chit chat punya chit chat, maka dia nak aku ke money charger pulak nak kirim wang. disini aku dah mulai syak ni bukan orang tempatan ni siap nak guna money charger bagai. Lepas tu aku bagitau kat dia money charger takda dekat dgn kawasan aku sekarang. Maka dia suruh lah transfer ke bank akaun maybank atas nama SHENA MARIE HUMILDE, 014015023023. Kononnya, ini nombor ejen, dgn syarat kena ada kos Rm20. (Babi betul)

    Maka, aku dengan bodoh-sebodoh-bodohnya transfer la duit ke akaun maybak bernama SHENA (ntah bini dia kot , anjir). 

    Lepas dah transfer duit tu aku share la resit bukti transfer segala kat dia, dia (atok anjing) pun janji kat aku akan bagi nombor.

    Tak lama lepas tu, dia kata malam karang dia akan buat ritual untuk panggil nombor. Aku pun pelik la, pekebende kaitan ritual dengan nombor 4d ni. Ah.. masa ni aku dah terbau sedikit yang aku sedang dlm proses di Scam. Lepas tu, boleh pulak dia ckap ritual ni perlu ayam hitam 2 ekor. Aku kata kat dia, aku tak reti ritual2 babi ni dan takda ayam hitam. Dia pun kata kat aku, kalau macam tu dia yang akan sediakan ayam hitam itu, tapi aku kena bayar. aku rilek lah tanya berapa harga. Dia pun kata harga ayam tu RM850. Babi bapak kau harga ayam macam tu, kambing jantan gemok seekor boleh lepas kot harga rm850. Ah dia sini, perasaan dan bau bauan scammer aku semakin kuat.

    Maka bermula la perang chat. Aku kata kat dia, masa awal2 tak ckap. kalau awal dah bgtau ada kos lain, maka takde la aku terhegeh hegeh nak bayar segala. 

    Maka dengan ini, aku sah kena scam hidup walaupun scammer ni masih nak cuba pujuk nak cuba tolong dapatkan nombor ekor WALAUPUN sudah dia kata kat aku "kurang ajar", "cakap baik-baik" dan "aku bukan scammer". 

  

    Scammer zaman sekarang ni bijak amat gais, dorang pandai mainkan perasaan. So, yang kaki-kaki nombor dia luar sana, tolonglah, tolong jangan jadi mangsa scam sebab realitinya, cabutan nombor 4d dilakukan menggunakan mesin angin mekanikal automatik dan takde campur tangan manusia. Manusia hanya tolong letak bola nombor dalam mesin tu je. Yang cabut bagi naik bola nombor adalah mesin. Nak suruh Jin syaitan segala yang tentukan, mmg jauh sekali. Benda ghaib kot.

    Satu lagi, kita yang ada agama ni terutama kaum islam, masih boleh percaya benda2 jin mangkuk hayun ni segala. So itu je dari saya, semoga dijadikan pengajaran untuk diri saya sendiri dan orang ramai. Sekian. Sila rujuk gambar2 SS yang saya sertakan dalam post ini.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Scammer Nombor Ekor 4D Terkini 2023. Ramalan Number_4D5D6D. Jangan terpedaya. Dah ramai mangsa Scam.

Salam semua.      Ni adalah cerita mengenai pengalaman aku discam akibat terbawa-bawa dgn judi nombor ekor 4D dan aku telah di scam sebanyak...